Anak yang hilang

Oleh Hishamuddin Rais

Saya terbaca di akhbar berita tentang kehilangan Yin, budak lelaki yang baru berumur 5 tahun. Yin diberitakan hilang minggu lalu di gedung membeli-belah Sogo. Saya tidak memiliki anak. Saya hanya memiliki anak-anak kucing. Pernah anak kucing saya hilang - berbulan-bulan saya sedih. Bayangkan hati seorang ibu yang kehilangan anak. Saya dapat merasakan betapa sedihnya si ibu, si ayah, anak beranak, kaum keluarga anak kecil yang hilang ini.

Pada tahun 1957 ketika saya dalam darjah satu, daerah Jelebu telah dikejutkan dengan berita kehilangan seorang anak lelaki berumur tiga tahun. Abang budak yang hilang ini sedarjah dengan saya. Jadi setiap hari kami dalam kelas mendengar cerita-cerita perkembangan dari mulut abang budak ini sendiri.

Rumah kawan sedarjah saya ini terletak di pinggir pekan Kuala Klawang berhampiran dengan panggung wayang Ruby Theater. Ayah mereka bekerja dengan National Electricity Board - nama Tenaga Nasional pada zaman itu. Mengikut cerita abangnya - si adik sedang bermain di luar rumah ketika ibu sedang berkemas dalam rumah. Kakak dan abang semua di sekolah. Apabila ibunya selesai berkemas budak kecil ini telah hilang ghaib.

Berita ini telah menjadikan daerah Jelebu yang kecil itu heboh. Banyak cerita dan teori yang keluar dari pelbagai punca. Seperti biasa, mengikut abang budak yang hilang, khidmat Tok Bomoh juga telah dipanggil. Malah Tok Batin Orang Asli juga telah datang membantu. Saya mendengar banyak cerita. Ada yang mengatakan yang anak kecil ini telah diambil Orang Bunian dan kini telah menjadi anak angkat. Ada juga yang mengatakan bahawa anak kecil ini telah diambil oleh Benggali yang memerlukan kepala budak untuk membuat jambatan agar jambatan ini kukuh dan tidak runtuh.

Di belakang panggung wayang berhampiran dengan rumah kawan saya ini ialah sungai Klawang. Lalu timbul teori yang menjangkakan kemungkinan anak kecil ini terjatuh ke dalam sungai. Lalu pihak polis memberikan khidmat yang terpuji. Empangan di hulu sungai ditutup untuk mengurangkan air. Kemudian pegawai polis turun berakit menyisir tebing-tebing sungai. Berbatu-batu polis ke hilir sungai. Semuanya gagal. Tidak ditemui mayat anak kecil ini.

Kami sedarjah yang pada ketika itu terlalu kecil untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku. Dari semua cerita yang saya dengar, yang paling menakutkan kami anak-anak sekolah pada zaman itu ialah kesah Benggali datang dengan sabit untuk memotong kepala anak-anak kecil. Dari mana punca ‘urban legend’ ini tidak pula saya tahu. Kami hanya menerima semua ini sebagai hadith saheh.

Tetapi arwah ibu saya yang rasional menolak semua cerita-cerita dongeng dan karut ini. Ibu saya menerangkan bahawa anak kecil ini telah diculik. Bukan untuk tebusan tetapi untuk dijual atau ada orang yang memerlukan anak. Menurut ibu saya , rumah kawan saya berhampiran dengan panggung wayang, ini memungkinkan ramai orang lalu lintas. Si anak boleh dicekup dengan senang sekali tanpa disedari. Anak kecil ini pula anak lelaki. Menurut arwah ibu saya, masyarakat Cina amat menyukai anak lelaki berbanding dengan anak perempuan.

Tiga tahun dahulu saya juga ada membaca tentang kehilangan seorang anak kecil di kawasan membeli-belah di Chow Kit. Ini berlaku beberapa hari sebelum Hari Raya. Anak kecil ini terhilang dalam kesibukan orang ramai yang sedang membeli-belah. Saya tidak ada membaca susulan berita seterusnya untuk mengetahui apa yang terjadi kepada anak yang hilang di Chow Kit ini.

Orang hilang ini bukan satu pekara yang baru untuk kita semua. Ianya telah banyak terjadi dan pasti kes saperti Yin ini akan terus berlaku. Apa yang berbeza hanyalah laporan media dengan bantuan teknoloji yang lebih meluas pada masa ini berbanding dengan apa yang berlaku di Jelebu pada tahun 1957 dahulu.

Malah, untuk orang yang berumur seperti saya ini pasti akan teringat dengan kes kehilangan Raja Sutera Jim Thompson pada tahun 1967. Kehilangan Jim Thompson ini berlaku di Bukit Cameron. Thomson tuan empunya kilang sutera dari Thailand ini telah datang bercuti di Bukit Cameron. Pada satu petang dia telah meninggalkan rumah tumpanganya untuk bersiar-siar. Hingga ke hari ini tidak diketahui apa yang terjadi kepada Raja Sutera ini dan ke mana dia menghilang.

Kini gambar Yin telah dipaparkan di akhbar dan kaca tv. Angka talipon untuk menghubungi keluarga juga telah terpampang dalam media. Ibu dan ayah pula telah menyebar salinan gambar Yin untuk tatapan orang ramai. Semua ini tidak berlaku ketika adik kepada kawan sedarjah saya itu hilang. Malah kehilangan Yin di Sogo sebuah gedung terkenal di Kuala Lumpur menjadikan – cerita budak hilang – ini terus menjadi bahan hangat untuk media.

Saya tidak tahu apakah teori yang di miliki oleh pihak polis kita tentang kehilangan kanak-kanak seperti ini. Saya juga tidak mengetahui statistik kehilangan kanak-kanak dalam negara kita ini. Ketika saya di Eropah dahulu saya mengetahui bahawa memang ramai orang yang hilang. Di United Kingdom polis memiliki dasar - jika orang yang hilang itu orang dewasa maka pihak polis tidak meletakkan di puncak siasatan, kecuali ada kes jenayah. Menurut polis kota London orang dewasa ada yang hilang kerana pilihan sendiri. Tetapi jika yang hilang kanak-kanak atau remaja muda maka seluruh tenaga akan ditumpukan.

Ada satu pekara yang saya lihat dimana ibu bapa di Eropah lebih waspada dalam hal penjagaan anak di kawasan orang ramai. Mereka sedar anak-anak kecil memiliki naluri ingin tahu yang cukup tinggi. Anak-anak kecil ingin melihat dan terpegun hairan tentang apa sahaja. Di kota yang sibuk atau ketika memasuki gedung membeli-belah atau semasa menghadari konsert atau pesta, si anak kecil dibiarkan berjalan bebas untuk mengalamai satu dunia yang baru. Cuma yang berbeza anak-anak ini diikat badannya dengan tali yang boleh terus memanjang. Anak-anak ini bergerak bebas tetapi masih terikat dengan ibu atau ayahnya. Mungkin ada yang menganggap anak kecil diperlakukan seperti anjing tetapi untuk saya, ini adalah lebih selamat.

Dalam kota besar seperti Kuala Lumpur ini saya sering melihat ibu dan anak berjalan di gedung–gedung membeli-belah atau di pasar-pasar. Kadang-kadang si ibu diekori oleh dua atau tiga orang anak. Ibu, abang atau kakak yang menjaga adik mungkin keletihan dan terlalai mata memandang.

Dalam sebuah kota yang besar ada pelbagai bentuk dan jenis manusia. Lagi besar kota itu lagi bermacam-macam jenis perangai manusia. Letih dan lalai ini akan menjemput kehadiran pelbagai bentuk manusia ini untuk mengambil kesempatan.

Orang ramai pasti bersimpati bersama keluarga Yin. Mereka pasti dapat merasakan trauma si ibu dan ayah yang anak mereka telah hilang. Bayangkan sesalan yang datang berganda-ganda memikirkan kenapa anak kecil ini dibawa ke bandar pada hari itu. Pertanyaan juga akan timbul kenapa ini terjadi dan kenapa anak mereka yang hilang. Apa silap dan kesalahan mereka sehingga anak mereka hilang. Semua ini pasti muncul dalam hati kecil keluarga ini.

Saya menulis kesah ‘hilang’ ini dengan harapan berita kehilangan Yin ini akan berakhir dengan berita gembira. Jika tidak, saya akan melihat Sogo sama seperti saya melihat rumah kawan saya di sebelah jalan panggung wayang di pekan Kuala Klawang. Hingga ke hari ini setiap kali saya melintasi jalan ini saya akan terkenang kepada adik kepada kawan saya yang telah hilang semenjak tahun 1957. Memang betul, mata saya berat apabila memandang rumah itu tetapi berat lagi bahu yang memikul kehilangan anggota
keluarga mereka.

NOTA : Tulisan ini disiapkan minggu lalu sebelum Yin di temui. Kini Yin telah ditemui kembali.

Read More......

Mexican stand-off - A play of Shakespearean proportions

By Raja Petra Kamarudin
One Episode, many Scenes

Tun Daim Zainuddin was sitting impatiently waiting for Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to make his appearance. What is keeping the man? He should have been here ages ago, Daim mumbled and grumbled under his breath to no one in particular. Daim should have anticipated this. After all, is not the Malaysian Prime Minister infamous for one who is never on time for his meetings and appointments? He is even late for official functions like dinner events and by the time he arrives the dinner guests are all almost doubled up with hunger. One sometimes wonders whether he will even be late for his own funeral.

Daim was in Putrajaya at the behest of Abdullah who phoned him earlier in London and requested that he come back to Malaysia for a powwow. “What can Abdullah want?” thought Daim as he twiddled his thumbs waiting for Abdullah to wake up from sleep. Abdullah is never to be awoken even though someone important is waiting to see him. That is the golden rule everyone who walks through the corridors of power or who squats on the fourth floor of the Prime Minister’s office in Putrajaya are well familiar with. This is of course not uncommon of Abdullah. What would surprise most would be when one day he actually does turn up on time.

Anyway, we will allow Daim to wait awhile longer while we cut to another scene in this episode. One day, Najib Tun Razak’s aides, who met him at the airport on his arrival home from an overseas trip, told the Deputy Prime Minister that Abdullah had called for a Cabinet meeting. It was a Friday and Cabinet meetings since the time of Merdeka were always held on Wednesdays, never on Fridays. But they had missed the Wednesday Cabinet meeting that week because both the Prime Minister and Deputy Prime Minister were out of the country.

This is something else that never used to happen in the old days. The Prime Minister and Deputy Prime Minister never both leave the country at the same time. But nowadays this appears to be a regular feature. What happens if there is a crisis or emergency at that time? Who will make that most important decision that may result in the future of this country or the security of the nation?

Najib did not even bother to go home to change but went straight to the Cabinet meeting. When he arrived he found all the Cabinet Ministers assembled waiting for the meeting to start. But Abdullah was not to be seen. After an hour, and still no appearance of the Prime Minister, Najib asked what happened to Abdullah and he was told that the old man is still in bed.

Well, wake him up, replied Najib. That is not possible, came back the reply. The Prime Minister is not to be disturbed when he is sleeping. That is the golden rule. Not being one to break the golden rule, and not knowing what else they could do about the situation, Najib and the rest of the Cabinet members just sat there looking at each other while waiting for Abdullah.

Okay, and while Najib and Malaysia’s entire Cabinet are ‘locked up’ in the Cabinet meeting that was not actually meeting when they should instead be running this country, let us cut to yet another scene. Khairy Jamaluddin, the Prime Minister’s son-in-law, had a meeting with the man who has the ultimate authority and power to decide which judge gets promoted and which judge gets posted to which court. The top dog of all judges showed Khairy a list of three names. Khairy wanted to know which of the three can be ‘controlled’ and could be told what to do. The power-that-be of Malaysia’s judicial system pointed to one name on the list and said that this particular man is ambitious and can be told what to do since he wants to make a lucrative career for himself.

So it was decided. This man who is not even a judge but only a judicial commissioner would be given Abdul Razak Baginda’s case to hear. And he would be told how the case is to be decided. And it could be decided either way. Najib can be implicated in the case or he can be spared. The outcome will not be the court’s decision. It will not even be Khairy’s decision. It will be Najib’s decision. His future will be in his own hands. He decides his own fate. And how he plays ball will be that deciding factor.

And, with that in place, Khairy had successfully laid the groundwork for Najib’s downfall. One of Najib’s supporters who had smelled a rat went to meet him to inform him about this very troubling turn of events. Najib was also told that Razak’s lawyers had negotiated a ‘settlement’ with the Attorney-General. They will amend the charges against Razak if he turns crown witness. He will be spared the gallows but he will have to sing like a canary.

Najib did not demonstrate shock at this piece of information. He had already read the writing on the wall and had seen this coming. He did not even dispute the prognosis that his goose may finally be cooked. He only replied that if this is his fate then this is his fate. He will leave it to God. He offered no resistance whatsoever. He has resigned himself to the fact that his days may be numbered and that his future may no longer be his to decide.

Meanwhile, back in scene one, Daim could not imagine what in heaven’s name Abdullah wanted to see him for. But since he had flown all the way back from London at the behest of the Prime Minister he might as well wait. After all, he was curious as to what Abdullah wanted and though curiosity does sometimes kill the cat one can never resist satisfying curiosity. Finally Abdullah appeared, and quite surprised to see Daim sitting there, asked what he could do for the one-time top money man of Malaysia. There is nothing you can do for me, replied Daim. It is you who asked me to come see you, Daim reminded the Prime Minister.

Abdullah could not quite remember what it was that he wanted to meet Daim about. So they both sat there chatting about mundane stuff while Abdullah tried very hard to recollect what it was that he wanted to talk to Daim about. Finally he remembered. He wanted to talk to Daim about Najib.

Najib has been implicated in the Mongolian girl’s murder, Abdullah told Daim. According to what transpired, Razak was being hounded by the Mongolian girl for her share of the commission on the purchase of the submarines. It seems her share is RM50 million but the money does not belong to her. It belongs to the other party involved in the deal and this party is pressing her for the money. But Razak no longer had the money.

This girl was worried that the other party may do something to her if she does not hand them the RM50 million so she was chasing Razak for it. She went to Razak’s office but was not allowed in. She then went to Razak’s house and squatted outside waiting for him to come home.

Razak panicked. His wife was on the way back from Kota Bharu and he did not want her to find out what was going on. So he rushed to Najib’s house and asked for help. Razak’s ‘boss’ said she is prepared to pay the Mongolian girl only RM10 million. But the Mongolian girl was not prepared to accept RM10 million because the other party wanted RM50 million and that is the exact amount she has to deliver to them.

Razak’s boss then summoned a man named Musa and asked this Musa to help Razak out of his predicament. Musa in turn summoned two police SWAT team officers. Razak was a bit worried that other parties were now getting involved in the whole matter. “Can they be trusted?” he asked. He was given an assurance that they are very trustworthy. In fact, he has already killed six people, one of the police officers boasted. “And what do you want me to do about the girl?” the SWAT team officer asked. Get rid of her, came the reply from Razak’s boss.

And they did just that. And Razak’s wife has this testimony on a signed Affidavit which she showed Abdullah. But they have not filed this Affidavit yet. This is the second Affidavit, which Razak’s wife is keeping as a bargaining tool. The first Affidavit was filed during the bail application in front of Justice Segera which revealed only part of what is in the second Affidavit.

Abdullah is not sure though whether he can use this piece of evidence to get rid of Najib because this whole episode involves the police. Will the police swing to the side of the current Prime Minister or do their loyally lie with the previous Prime Minister? Officially, the police serve the government of the day. This is how it has always been and how it should be. But things are not normal anymore. Malaysia is not what it used to be. So there is no way of knowing which way the police will swing. After all, was it not the IGP who was behind the Anwar Ibrahim case and did not his loyalty then lie with Mahathir? How can Abdullah know whether this has now changed or whether the IGP is still with Mahathir?

Maybe the best thing would be to push the IGP into retirement. With him out of the way the nagging question of with who the IGP is no longer needs to be addressed. So the Deputy Minister of Internal Security, the same man who fixed Mahathir up in his Kubang Pasu division election, was tasked with the job of raising all sorts of issues like the high crime rate in Kuala Lumpur and how it has increased multi-fold. They also raised the issue of gangsters in Sarawak and how the police are partners-in-crime with these gangsters. This resulted in the Sarawak police chief being immediately summoned back to Bukit Aman and which sent the IGP rushing to Sarawak to look into the matter.

Now, over to the next scene, in another turn of events, a website mysteriously appears alleging that this same Deputy Minister received RM5.5 million in bribes as an inducement to release three Chinese underworld bosses from detention in Sungai Renggam. Who created this website? No one knows. It was certainly not one of the normal webmasters who created it. In fact, most did not even know about the existence of this website. No one even noticed it or was aware of its address. But somehow the police noticed it. They were aware of it. They knew the website address. They were in fact the only one who did.

The police now have to investigate the Deputy Minister since it has been revealed on this website that he took RM5.5 million in bribes to release three underworld bosses under detention. In the past, as is the normal tradition in Malaysia, the police do not launch an investigation unless a police report has been lodged. This is the procedure and the police have said so many times. The Prime Minister too has repeated this time and again. And they never investigate what is on the internet unless it is to investigate those running the website with intent to take action against the webmaster or writer. And an anonymous website, like the one that revealed the Deputy Minister’s corrupt act, is never given the time of day, let alone taken seriously.

But in this particular case they are taking it seriously, notwithstanding the fact it is an anonymous website and no police report has been lodged. The Deputy Minister suspects that the website was set up by the police themselves and he is boiling mad. But no one really knows who set it up so one can only suspect. The Anti-Corruption Agency then called the Deputy Minister in for interrogation. But he is not scared. In fact he is very angry, especially because the Prime Minister did not protect him and allowed this to happen. No doubt the ACA can always announce that they have not found any evidence that the Deputy Minister had committed a crime. But the fact that he is being investigated and interrogated is bad enough to cast doubt on his innocence.

The Deputy Minister then turned the tables on the ACA interrogators. If they pursue the corruption case against him then he is going to reveal that Kalimullah and Khairy gave him RM1 million to fix up Mahathir in the Kubang Pasu division election. If he goes down he is not going to go down alone. He will take Abdullah with him. He will reveal that Abdullah was behind the effort to sabotage Mahathir. This is a breach of the party Constitution and the party Code of Ethics. Abdullah can be suspended or sacked from the party. And Abdullah will then have to resign or would automatically lose his job as Prime Minister of Malaysia.

But the worst is not over. There is still more. Cold sweat broke out on the foreheads of those who initially thought the Deputy Minister was headed for doom when he revealed that the amount was actually not RM5.5 million but more than that. The RM5.5 million was only for the three Chinese underworld bosses in Sungai Renggam. There was another amount of RM7 million which was the bribe to release an even bigger underworld boss, the boss of bosses. This underworld boss, Datuk K, is well known in Kuala Lumpur and is the owner of ‘S’. He controls all the prostitution, illegal gambling, loan sharking, and much, much more.

The trouble with Datuk K is he likes to boast to all and sundry, especially when he has had a bit too much to drink. In the 2004 General Election he personally met the Prime Minister to hand over a RM20 million cash donation to help fund the election. So he now has immunity. He bought his immunity for RM20 million cash. And the man who brought him to meet the Prime Minister was the one-time MCA Youth leader, another Datuk K. And we all know that the MCA has links with the underworld, as do Umno and the MIC. So he is not scared of the police. He has the Prime Minister and the MCA in his pocket.

Soon enough the IGP got to hear about Datuk K boasting to all and sundry that he is untouchable and that the police cannot do a thing about him. So the IGP showed him who is the boss and arrested him. And this made Datuk K mad as hell. He had bought protection. How come they now arrest him? No sooner was he behind bars and even before they could lock the cell door his underworld empire breaks out into a power struggle. One of his young lieutenants gets assassinated in the fashion of Al Capone’s Chicago. Datuk K cannot remain behind bars. Every day off the streets is costing him millions. And if his empire breaks up beyond repair he will never be able to put it back together again. He needs to get out, and get out fast.

Datuk K sends an emissary to meet the Prime Minister’s son, Kamal. A price is negotiated. The figure of RM7 million is agreed upon. Kamal gets his brother-in-law, Khairy, to get the job done. The Deputy Minister is summoned. It is a three-way deal. The money will be shared equally three ways. Datuk K is allowed back on the street. And the Deputy Minister informs his executioners that this is the story that will emerge. Do they still want to hang him out to dry? He will not go down alone. The Prime Minister will go down with him. They will now have to declare that there is no case. Case closed.

Abdullah now has a knife at Najib’s throat. Mahathir in turn has a knife at Abdullah’s throat. It is a Mexican stand-off. Najib’s throat can get slit any time. But Abdullah too will have his throat slit in the process.

Whatever it may be, while we wait to see who makes the first move, Najib may have to go as early as July if he wants to stay a free man. For sure he cannot stay on as Deputy Prime Minister. But Abdullah too may not be able to stay on as Prime Minister in light of the crimes he committed. Thus far the only evidence against Abdullah is that he chaired the Umno Supreme Council meeting that made the decision to sabotage Mahathir and that the Minutes of the meeting was doctored with three pages expunged to erase the evidence. But if the Deputy Minister of Internal Security testifies that Kalimullah and Khairy paid him RM1 million to fix Mahathir up then Abdullah is dead meat. Then there is the matter of the bribes to release the underworld bosses and the RM20 million Abdullah received from the underworld boss of bosses in 2004.

All the ACA and police need to do now is pressure the Deputy Minister on the corruption case involving the Chinese underworld bosses. If he can’t take the heat he will turn on Abdullah and reveal the episode of the RM1 million, the RM5.5 million, the RM7 million and the RM20 million. That will end Abdullah’s career and Malaysia will see a new Prime Minister. And who will this new Prime Minister be? Will it be Najib? Well, maybe not Najib. Malaysia Today knows who this new Prime Minister might be. But then why should we tell. We may, I repeat, may reveal this in time. But then again we may not. Anyway, stay tuned. You might get lucky.

Read More......

Beberapa Catatan Tentang Kaya Negara Dan Miskin Rakyat!

Minggu lalu saya menziarahi seorang kawan di Hospital Alor Setar kerana mengidap ‘Panas Melampau’. Saya terkejut kerana Bangunan M2 kelas tiga benar-benar seperti kandang kambing dengan kesesakan katil dan pesakit.

Kipas angin yang berkirap-kirap melelong-lelong di syiling tidak membantu kepanasan melampau pesakit. Bilik yang sempit dengan kesesakan pesakit, penziarah, sangat tidak sesuai dijadikan bilik pesakit, apa lagi berhampiran pula dengan bilik mayat. Blok M2 ini di antara blok yang menempatkan ‘rakyat’ kelas tiga yang terdiri dari petani, penoreh, boroh, penarik beca, pemandu teksi dan penganggur.

Setelah keluar dari bilik tersebut, sambil mengirap mengipas kerana panas, saya berkata pada kawan saya; Sudah bacakah tulisan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam Mingguan Malaysia keluaran 25 Februari 2007 yang kesempatan beliau berbual dengan rakan-rakan sewaktu menghadiri majlis terbuka Tahun Baru Cina.

Sebelum kawan saja menjawab, saya memberitahu, itulah topeng persepsi yang dipakai oleh pemimpin Umno untuk menterjemahkan lonjakan ekonomi sedangkan yang merasainya tetap perit. Contohnya seperti penghuni Blok M2 yang kita ziarah tadi.

Tiga puluh pesakit di dalam Blok M2 (sebagai contoh) apakah mereka tahu apa itu indek komposit berada ditahap 1,278.22 mata, kemudian kita melaung menatakan itulah lonjakan ekonomi negara dan kita berada dalam tahap yang kukuh?

Itukah keupayaan kerajaan melalui kepakaran pakar ekonomi dan kebijaksanaan pemimpin mengurus.Tapi di Kampung Tebengau dan Kampung Padang Sera masih berderet rumah berdinding pelupuh, petani mengeluh pasal serangan Siput Gondang yang merosakan pendapatan mereka.

Ajaibkah ekonomi Malaysia dan lojikkah pemimpin yang cari makan dengan politik berkereyau bahawa Malaysia sudah ada dipintu gerang gaya baru, dengan perbezaan angka ajaib berbanding 262.7 mata ditahun 1998, sedangkan Pak Kasa yang ada sebuah lori buruk bawa sayuran untuk kedai runcitnya, setiap hari ulang alik kena bayar tol?

Kata Khairy, apa yang tidak mahu difahami oleh pengkritik-pengkritik ialah pendirian kerajaan ini diambil semata-mata kerana ingin memastikan agar pelaksanaan RMK-9 tidak akan terbantut akibat dana yang tidak mencukupi. Hari ini, kata Khairy, kita melihat falsafah dan pendekatan pengurusan ekonomi yang diamalkan oleh Perdana Menteri dan Kabinetnya, menghasil suasana yang lebih meyakinkan. Seingat saya, kata Khairy lagi, tidak ada lagi rungutan yang disuarakan semasa perayaan Tahun Baru Cina ini, satu keadaan yang jauh beza dengan tahun lepas. Sebaliknya perbualan berkisar kepada indeks komposit Bursa Malaysia yang meningkat naik dan potensi pertambahan syarikat asing yang akan melabur di Malaysia...bla...bla...bla...

Saya bertanya kawan saya, fahamkah apa yang dikata oleh Naib Ketua Pemuda Umno itu? Sebelum kawan saya menjawab, saya berkata padanya;

Cuba pergi ke Kampung Seberang Ramai, perkampungan nelayan di Kuala Perlis, pergi ke Kuala Rompin atau ke Setiu, tanya nelayan-nelayan itu, tahukah apa yang dikatakan Bursa meningkat dan tanya betul-betul pada mereka, apa yang mereka dapat apabila Bursa Saham naik menyacak?

Tanya pada pemandu teksi, kepada kerani pejabat, pekerja kilang, orang awam yang berniaga di pasar malam, jika Bursa Malaysia naik ke paras 1,350 dan naik lagi, percumakah bayaran tol yang dikenakan setiap hari? Turunkah cukai tanah dan urangkah harga minyak?

Memang bukan percuma, tapi itukah tanda melonjak ekonomi, kelegaan perkapita dan kemewahan negara apabila setiap jalan baru dibuka, setiap kali pula tol di kenakan. Lega dan betulkah landasan ekonomi dan kekayaan negara jika setiap tahun bayaran tol dinaikkan dengan alasan konsesi itu konsesi ini? Bijakkah pemerintahan selama 50 tahun apabila setiap kehendak kerajaan terpaksa tunduk kepada korporat, kepada swasta?

Setiap kali tol naik, siapa yang tenggelam separas hidung? Setiap kali pembangunan, berapa ratus dan ribu ekar tanah terlepas dari hak milik? Setiap kali perojek mewah, berapa ratus rakyat angkat bungkus untuk tinggal di kaki bukit?

Jumlah perdagangan bagi tahun 2006 1 trilion, jelas membuktikan Malaysia mempunyai daya saing sebagai negara perdagangan. Lalu bermadah lagi apabila didapati ada sekumpulan yang pekak bangang berteriak seperti anjing menyalak bukit meminta harga tol dihapuskan, kenaikan harga minyak diturunkan dengan katanya: dalam masa yang sama ada desas desus ‘segelintir’ pihak yang tidak puas hati dengan kenaikan harga minyak, kenaikan tol. Bukankah itu peningkatan yang merupakan harga sebuah negara membangun dengan sumber asli yang terhad kerana realitinya, apakah datang dengan percuma.

Zubaidin , seorang pemuda lulusan Azhar tapi bekerja membela ikan keli di Tunjang, melemparkan melempar keratan akhbar dan mendengus dan meludah air liur berlenjanya. Katanya: Ia bukan satu penterjemahan dari realiti rakyat. Kenapa mesti minta semua kepada rakyat untuk melakukan sesuatu perojek. Minyak hak rakyat. Rakyat tahu harga sebuah pengurusan tetapi yang berlaku ialah tidak adil dalam pengursan itu. Rakyat tahu harga sebuah pembangunan, tapi bukan rakyat yang mesti membalasnya dengan penderitaan. Kenapa tanah rakyat yang diambil, kemudian dibuat pembangunan kemudian rakyat mesti membayar pula di atas tanahnya?

Bayangkan, sejengkal tanah rakyat diambil dengan harga RM3.00 tetapi rakyat kemudiannya terpaksa membayar balik melalui tol RM1.30 sen sehari dalam perjalanan sehala. Kemudian tidak cukup mencekik darah rakyat, dibuat lagi dua tol. Bayangkan! Bayangkan jika gajinya si Mamat naik RM60 sebulan, tetapi ia terpaksa membayar tol RM7.00 sehari apabila ia berulang alik dengan kereta Kancilnya selama 30 tahun dia bekerja. Berapa Si Mamat kena bayar dalam sebulan, dalam setahun?

“Kenapa masih tidak yakin?” tanya Tan Sri Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua dalam akhbar yang sama, keluaran yang sama.

“Ini pun satu”, Awang Lazim yang bekerja mengimpal besi di Tanjung Malim bersungut sakan. Awang Lazim ini meluat habis kepada BN sejak tol diperkenalkan. Ternyata Awang Lazim benci sejak zaman pemerintahan Dr. Mahathir lagi.

Memang Awang Lazim mempunyai alasan dia bencikan sistem peninggalan Dr. Mahathir dan kebenciannya itu diteruskan, sampailah kepada jawapan wawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia terhadap Tan Sri Nor Mohamed Yakcob.

Alasannya mudah dan sesuai pula dengan pekerjaannya sebagai tukang kimpalan besi. “Orang macam aku ini, apa peduli dengan mosal pasaran saham mencecah RM1 trilion. Apa yang aku boleh dapat?” katanya. Nak suruh rakyat macam aku bersyukur, bersyukur apa? Tambang bas dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur sudah berapa? Gas dan besi buruk berapa satu tan? Simen berapa satu kampit, Bawang Merah, Bawang Putih, tepung, minyak malah biji sawi, asam jawa pun naik. Apa ertinya kita perlu belajar syukur di atas kemakmuran negara yang telah kaya (kononnya) melalui ujian dalam segala segi?

Syukur apa? Lebih baik aku bersyukur kepada Tuhan kerana bagi bini aku melahirkan anak kembar tahun ini? Syukur apa kalau Maxis raih untung kasar RM2.79 bilion, tapi rakyat tetap bayar satu panggilan 15 sen atau SMS tak diketui harga sebenar? Patut bersyukurkah kalau PLUS Expressways catat laba RM1.1 bilion, kalau apa yang disebut sebagai trafik, setiap tangan rakyat kena hulus di tingkap tol, lerbih dari 10 sen sekilometer?

Nak bersyukurkah kalaupun perolehanUEM World RM4.78 bilion sedangkan Pak Kasa penoreh getah, Kamal Gagap petani di utara tidak tahu apa pun tentang UEM? Kemudian apabila Bank Muamalat catat untung RM104.5 juta, Laba UMLand RM67.5 juta, laba bersih Boustead RM351 juta yang kononnya melonjak kepada RM4.1 bilion bagi tahun kewangan 2006, apakah sekelian nelayan yang dirempuh Tsunami, petani Kerpan yang benih lebih mahal dari padi, atau nelayan di Kuala Setiu pakat-pakat menadah tangan bersyukur kerana mereka dapat untung?

Apakah semua rakyat marhaen pakat-pakat melompat seronok bila pendapatan MRCB naik 60 peratus, OSK catat untung RM161.6 juta, KUB Malaysia dapat RM910.2 juta. Bagaimana mereka di Daerah Baram, Kapit, Bintulu dan daerah pendalaman yang sekolah pun masih berdinding pelupuh buluh?

Mesti bersyukurkah rakyat bila dengan mudah dan murah program ‘Kongres Jihad Ekonomi 2007’ dengan tema ‘Menerajui Penghijrahan Minda Bangsa Melayu’ anjuran Pemuda Umno, gagasan Badan Ekonomi Melayu dan Yadim, sedangkan kemungkinan di dalamnya ada pelesit dan hanturaya ekonomi Melayu?

TNB untung juta-juta, tapi tarif elektrik kampung kami naik? Syukur tahi minyak apa, kalau Telekom Malaysia, May Bank untung bilion-bilion, tapi kami tetap kena bayar faedah. Nak bersyukur apa, kalau cukai tanah bapa aku naik sekali ganda, cukai rumah aku naik, malah harga gunting bulu ketiak aku pun turut naik.Bersyukur apa, kalau air anugerah Allah pada mana-mana bumi, dengan alasan pengurusan terbaik, tarifnya lima kali ganda? Demikian Zubaidin, pemuda belajar agama melepaskan geramnya.

Tapi memanglah ada golongan yang bersyukur. Golongan itu tentulah yang amat faham dengan ekonomi negara yang berkembang melebihi jangka 5.8%. Siapa agaknya? Mereka bukan Pak kasa nelayan Sabak Bernam atau Wak Karim di Ulu Tembeling atau Mak Minah penjual goreng pisang.

Golongan yang bersyukur ini tentulah dari kalangan mereka yang mengurus bantuan mangsa banjir di Johor dengan angka juta-juta, bilion-bilion, dan merekalah yang memberitahu rakyat, pemimpin kita perihatin. Tapi cuba tanya mangsa banjir itu, bantuan dan prihatin pemimpin, kerajaan, apakah yang boleh dibuat dengan bantuan RM500, sedangkan semua perabot rumah hilang? Apakah yang dapat dilakukan dengan bantuan RM2,500 kalau rumahnya dihanyutkan air?

Apakah yang dapat dilakukan jika bantuan RM5,000 sedangkan kehidupannya sudah musnah?

Siapa pula yang kenyang ketika mencanang keperihatinan ini dengan mencatur peruntukan dari RM300 seorang menjadi RM200 seorang.Meman ramai yang kenyang apabila bencana alam melanda rakyat. Tapi siapa?

Misalnya, kerugian dikatakan sebanyak RM2.4 bilion, manakala RM1.5 bilion hanyalah kerugian akaun kerajaan. Maka diperuntukanlah kepada Jabatan kerjaraya sebanyak RM350 juta, Kementerian Kemajuan Luar Bandar RM137 juta dan Kementerian Pelajaran RM102 juta.

Tapi apa sebenarnya yang rugi itu dan dibantu itu? Berapa puluh ribu hektar kelapa sawit musnah? Berapa puluh ekar kebun getah musnah, berapa puluh ribu ternakan mati? Dan berapa lama kemusnahan itu boleh dipulihkan semula.

Tiba-tiba akhbar dan Tv menunjuk, lima mangsa banjir yang rumah merea musnah, terkerisin seronok menayangkan lima keping duit seratus yang diberi atas nama bantuan. Betapa bodohnya rakyat begitu. Kemusnahan harta bendanya, diminta tunjuk seronok bila mendapat lima keping wang seratus, seolah-olah lima ratus ringgit itu boleh menampung kemusnahan hidupnya.

Sangat anih apabila bantuan bencana dihulurkan kepada rakyat. Bayangkan Kelantan negeri yang dikatakan sengkek, tidak maju telah menghulur RM1 juta tetapi Terengganu negeri kaya minyak hanya RM100,000 ribu. Tak tergelakkah kita?

Penternak kecil dapat bantuan RM1,500 sehektar dan penternak sangkar dapat RM200, tapi dalam masa yang sama kita dapat beli pesawat VIP bernilai RM200 juta.

Sektor akuakultur dapat bantuan ihsan RM1,500 sehektar, penternak ayam dapat RM5 seekur dengan muksimum 100, tapi dalam masa yang sama kita mampu memercik bunga api sebanyak RM5 juta untuk merayakan TMM. Mak Tijah jual goreng pisang apa nak kata?

RM2,000 untuk penanam semula padi bagi sehektar sebanyak RM573, bantuan ihsan RM5,000 kepada keluarga yang kematian akibat banjir, tapi dalam masa yang sama RM30 juta mampu dihadiahkan sebuah kapal layar Cobra Sultan. Laaa, prihatin apa namanya?

Mereka ini tidak ada ‘Feel Good’ kalau masih mempertikai, demikian kata Menteri Kewangan Kedua lagi dalam wawancara beliau. Maidin Laksa Kelawai Pulau Pinang geleng kepala bila ada kawannya membentak kerana masih bengung dengan ‘Feel Good’.

Kata Maidin, macam mana nak ‘Feel Good’ kalau aku sendiri tak dapat apa-apa bila projek ‘RapidPenang’. Feel Good tahi minyak, kalau belum lagi RMK ke-9 dibentang, papan tanda ‘ Penang Monorel’ sudah dicacak. Feel Good apa namanya kalau belum dibentang Jambatan Kedua, tanah di Batu kawan sudah melambung naik. Kau fikir orang Melayu Pulau Pinang boleh himpit sikit-sikit? Jangan mimpilah!

Satu ketika dulu pemimpin Umno Pulau Pinang berhorah horeee, bertempik sampai nak runtuh pecah Pulau Jerjak pasal tuntut Ketua Menteri Melayu, pasal ekonomi Melayu. Sekarang apa jadi. Semua jubur mereka yang tempik itu sudah disumbat dengan ketul-ketul duit, senyaplah mereka. Habis, macam mana kami tak pertikai?

“Piiiraaaah! Sana boleh cakap!” kata Maidin Laksa sambil menojak tangannya ke langit.

Oleh yang demikian, tak payah cakap banyak atau berdegar-degar tentang kemewahan dan pendapatan kita. Tak perlu beritahu tentang RM300 bilion KWSP, permodalan itu permodalan ini, khazanah itu khazanah ini sedangkan kontraktor kelas F yang buat bumbung sekolah pun dah bertahun belum dapat duit. Kontrak memang banyak tapi pembayarannya macam lepat liat.

Tender sana, tendar sini memang banyak. Tapi rakyat mana yang dapat. Kalau kontraktor sekadar nyawa ikan, lebih baik jangan. Yang pasti sewaktu tunggu bayaran, kepala kontrak mati dulu. Demikian dari satu tulisan dan satu wawancara dalam akhbar mingguan 25 Februari 2007 yang tidak menyentak apa pun dari kalangan rakyat marhaen. Memang hebat tentang pembangunan, nilai mata wang, bursa, khazanah, permodalan dan lain-lain lagi tetapi persoalannya apa yang rakyat dapat dari apa yang diberitahu itu. Ia bukan milik rakyat. Ia bukan untuk Wak Kasa, Mak Minah, Mutusami atau Ah Chong yang punya lima anak, yang setia menjadi buruh kasar.

Orang Melayu lebih-lebih lagi. Tulisan dan wawancara itu sesuai untuk dibentang kepada kroni, buaya-buaya, korporat yang tidak prihatin, pengisap darah rakyat dan lintah-lintah rakyat. Malah lebih sesuai kepada mereka yang berkuasa merampas hak-hak rakyat miskin, tidak peduli tentang penyakit kronik, kemiskinan di tepi hutan atau nelayan yang meredah laut.

Kenapa tidak memberitahu setahun lagi tol akan dihapuskan dan bukan lima tahun sekali harga tol perlu disemak dan bukan diberitahu, kita terpaksa tanggung subsidi minyak? Kenapa tidak diberitahu, negara kita banyak minyak dan jangan bimbang tentang kenaikan harga minyak mentah dunia, kemudian beritahu, esok kita akan turunkan harganya?

Kenapa tidak diberitahu, mana-mana syarikat yang menjadikan rakyat terpaksa menggunakannya, apabila untung berbilion-bilion, tidak bolehkah kerajaan menurunkan tarifnya. Kenapa tidak diberitahu, tugas pemerintah memelihara, menjaga, memajukan rakyat bukan menekan rakyat dengan pelbagai cukai dan bayaran.

Melihat tulisan dan wancara seperti ini dan setelah diteliti beberapa wawancara lagi sebelum ini ternyata ada sesuatu yang jarang disentuh, terutama pemimpin di atas, iaitu soal pembangunan insan dalam perojek dan kemajuan yang dicapai oleh negara. Tapi bukan pembangunan insan dari segi istilahnya, sebaliknya alaman dan rohnya. Sebagai contoh; Seorang menteri yang ditangannya tergenggam berjuta-juta untuk peruntukan kepada rakyat, mestilah ia bersama Tuhan dan ia harus ada di dalam hatinya maksud sebuah hadis; jika mempunyai wang, ke mana yang dibelanjakan.

Tak kiralah sama ada menteri Umno, MIC atau MCA. Bukankah kita percayakan Tuhan dan semua bertanggung jawab tentang amanah?

Read More......